« Crossroads General Election 13 »

Kepada yang terhormat, para pemuda Melayu

kalimahAllah.jpgDengan penuh kehormatan,

Saya nak berbual sedikit dengan awak semua, golongan pemuda Islam di Malaysia. Saudara dan saudari, Perkasa, persatuan itu yang dipimpin oleh katak katak itu, Ibrahim Ali dan Zulkifli Noordin, ada sangat marah sebab terwujud sedikit sebanyak alkitab Nasrani yang diterjemahkan ke Bahasa Malaysia, yang guna kalimah Allah di dalamnya untuk merujuk kepada yang maha esa dalam kepercayaan Nasrani. Jom kita bincang hal itu.

Sudah tentu Ibrahim Ali dan Zulkifli Noordin ingat awak amat lemah beriman. Najib Razak, Mat Sabu dan ramai lagi dari kalangan lelaki Melayu tua yang mentadbir negara ini, rupanya setuju dengan Perkasa pun. Golongan Melayu tua pikir generasi Melayu muda tidak beriman. Demikian ataupun mungkin mereka tidak meragui keimanan pemuda Melayu, mungkin pula mereka benci kafir dan tak pernah lepaskan kesempatan hentam diaorang. Saya belum tentu cenderung ke yang mana.perkasaLogo.jpg

Saya bukan orang Islam. Perkasa mungkin berpendapat saya tak ada hak mengulas pada isu isu yang kaitan dengan Islam. Iya betul, biasanya saya tak mengulas tentang isu Islam yang sepatutnya diselesai sepenuhnya oleh orang Islam saja. Orang bukan Islam berceramah tentang Islam kepada orang Islam tak masuk akal. Malangnya saya terpaksa menulis ini sebab Ibrahim Ali nak membakar alkitab injil. Seandainya ada orang Islam nak menghalalkan kekerasan terhadap orang lain dengan ajaran Islam saya punya apa pilihan lagi? Saya harus berhujah ajaran Islam dengan orang Islam sendiri. Tak kan saya boleh cakap Islam tak betul. Islam tak salah. Islam indah. Saya sangat menghormati Islam. Saya kena menjelaskan dengan ajaran Islam bahawa sebenarnya membakar alkitab injil tak didorong oleh ajaran Islam. Bahkan secara aman dan teratur, menghalang kafir guna kalimah Allah pun tak ada dalam ajaran Islam. Beliau nak membakar alkitab injil sebab hatinya penuh dengan kebencian terhadap orang kerakyatan sama dengan beliau sendiri. Sebab mereka bukan Melayu. Pemuda melayu, awak mesti pilih untuk diri sendiri kalau itu teladan yang layak ikuti. ibrahimAli02.jpg

Kebanyakan daripada kalian yang pernah saya kenalkan bersolat pada waktunya, berpuasa pada waktunya, amar makruf dan nahi mungkar, sering membaca al-Quran, baik hati kepada golongan miskin dan suatu hari nanti, kalau mampu, akan naik haji ke Mecca. Maka mari kita bincang dalil dalil yang mungkin boleh halalkan membakar kitab injil. Dalil yang berdasarkan dalam ajaran Islam akan yang paling berkesan untuk awak semua pemuda Melayu. Mohon maaf kalau saya buat sebarang kesalahan dalam yang berikutnya. Sesiapa pun yang mau membetulkan hujah hujah saya, atau tak setuju, silahkan menulis ulasan di bawah atau kirim email kepada saya.

Tidak ada ajaran dalam Islam yang langsung menghalalkan pembakaran alkitab injil sebab mengguna kalimah Allah. Kaum Nasrani di Asia Barat dan negara berbahasa Arab guna kalimah Allah untuk merujuk kepada Allah dan di negara negara tersebut belum pernah ada masalah. Sejak zaman Rasulullah (ṣall Allahu ʿalayhi wa-'ālih) tak pernah ini menjadi masalah. Rasulullah (SAW) tidak pernah berfirman bahawa kafir tidak boleh guna kalimah Allah dan begitu tidak pernah berfirman bahawa kaum Muslim harus bertindak terhadap kafir yang guna kalimah Allah.

Namun ada dua ajaran Islam lain yang berkenaan hal ini. Yang pertama adalah jihad. Semua ummat Islam mesti membela Islam menentang musuhnya. Membela Islam menentang mereka yang ingin melemahkan Islam dan merosakkan iman penganut Islam. Kita akan bincang jihad lagi, sekejap nanti. Nanti kita bincang jikalau orang Nasrani nak guna kalimah Allah merupakan serangan kepada Islam atau tidak.bibleMelayu.jpg

Firman wajib membela Islam menentang musuhnya diimbangi, macam banyak hal dalam Islam, dengan hak hak dhimmi mengamal agama sendiri. Inilah ajaran Islam kedua yang kena menyelesai hal ini dari segi ajaran Islam. Rasulullah berfirman Muslimin dan Muslimah mesti muhasabah dan cubalah cari jalan muhibbah. Pikir mendalam dalam sebelum membuat sesuatu yang akan menyakiti orang lain. Gunalah hati nurani sebelum buat keputusan tentang jalan mana yang baik dan selaras dengan ajaran Islam. Rasulullah berfirman bahawa kafir yang tinggal di negara Islam, macam Malaysia, ada hak untuk mengamal budaya dan agama sendiri selagi mereka tertakluk syarat. Mereka mesti mengamal agamanya di tempat peribadi. Macam di gereja atau rumah orang. Mereka tak boleh sengaja cuba memurtadkan orang Islam. Memurtadkan orang Islam sesunggunya sudah lama adalah langgaran undang undang Malaysia dan kebanyakan orang Nasrani di Malaysia mematuhinya. Guna kalimah Allah dalam alkitab injil atau tidak, undang itu adalah tetap undang. Mereka harus budi bahasa dan ikut adat Islam di kalangan orang umum. Mereka kena bayar cukai kepada kerajaan dan setia kepada negaranya. Syarat mana belum ditunaikan?

Barangkali awak sudah tau semua ini. Awak seorang berpendidikan dan beriman dan mengetahui agama sendiri lebih mendalam daripada saya. Saya nak awak cuba pikir lama tentang macam mana ajaran Islam ini dilaksanakan Malaysia zaman kini. Adakah Nasrani mengancam Islam di Malaysia? Atau adakah hak Nasrani ditindas secara tidak adil, tidak munasabah? Adakah ajaran Islam berfirman awak untuk berjihad lawan Nasrani Malaysia? Atau adakah ajaran Islam berfirman memberi mereka ruang sedikit? Patutkah membiarkan mereka mengamal agamanya dalam suasana damai, di tempat peribadi macam gereja dan rumah orang? Ingatlah tiada kepaksaan dalam Islam. Tak boleh memaksa orang menjadi orang Islam secara melarang ruang atau hak untuk mengamal agama sendiri.ibrahimAli.jpg

Mari kita mengaji perkara ini dari segi pandangan kalimah Allah dalam alkitab injil merupakan serangan atau ancaman pada Islam di Malaysia. Adakah kalimah Allah dalam alkitab injil adalah layak jihad? Sebenarnya ada dua jenis serangan/ancaman terhadap Islam. Sengaja dan tak sengaja. Terlebih dulu mari kita bincang jenis sengaja. Sudah berabad tahun orang Nasrani di semenanjung, Sabah dan Sarawak, menganut agamanya dengan guna kalimah Allah sebagai istilah untuk merujukkan yang maha esa dalam alkitabnya dan ceramahnya. Ini satu Malaysia kah? Kenapa Nasrani di semenanjung tak boleh mempunyai hak sama dengan Nasrani di Sarawak/Sabah? Mereka tak niat menyerang Islam, tak niat memurtadkan orang Islam, hanya nak mengamal agamanya dengan damai macam sudah sejak lama. Kalau dalam alkitab injil ada tulisan "Allah", tapi di luar ada tulisan "untuk orang bukan Islam sahaja" bukankah itu tepat teladan Rasulullah (SAW)? Membiarkan diorang mengamal agama sendiri kalau dia tak buat secara terbuka dan tak cuba memurtadkan orang Islam. Kalimah Allah diguna di dalam (tak ada di luar) alkitab membukti bahawa, menurut saya seandainya ini bahkan boleh dikata sebuah ancaman terhadap Islam, hal ini merupakan ancaman tidak sengaja.churchMelaka.jpg

Saya tak ragu adalah segelintir orang Kristian yang bertujuan menyakiti Islam di Malaysia. Saya tak ragu adalah segelintir orang Nasrani yang bertujuan memurtadkan orang Islam tapi itu sudah melanggar undang undang Malaysia dan saya tak percaya ada ramai orang Nasrani bertujuan begitu. Sesiapa menyakiti awak, adilkah dendam balas menentang seluruh kaumnya? Halang orang Nasrani guna kalimah Allah dalam kitabnya akan tak halangi orang ini berusaha memurtadkan orang. Akan halang rakyat biasa, yang sentiasa mematuhi undang undang, dari mengamal agama sendiri dengan bebas, sebuah hak terjamin selaras bukan saja dengan perlembagaan negara tapi selaras dengan ajaran Rasulullah (SAW).

Nah, macam mana dengan ancaman terhadap Islam yang tidak sengaja? Mungkin dengan niat baik mereka nak mengamal agamanya tetapi sebagai kesan sampingan, Islam akan merosot? Artinya orang Nasrani tak sengaja memperalatkan alkitab bahasa Malaysia untuk memurtadkan dan menyesatkan pemuda Melayu. Artinya awak terambil alkitab injil yang gunakan kalimah Allah dan bingung kalau ini yang awak pegang adalah alkitab injil atau al-Quran walaupun pada kulit buku ada tulisan "Untuk bukan Islam sahaja" dan di dalamnya ada cerita tentang nabi Yesus sebagai anak yang maha esa. Betulkah awak begitu bodoh dan dangkal faham ajaran Islam sampai semacam itu keliru? Saya tak percaya. Perkasa yang ingat begitu.

Sebarang kajian selaras dengan rukun Islam pada hal ini akan sampai kesimpulan bahawa guna kalimah Allah dalam alkitab injil sepatutnya tidak apa apa. Jadi kenapa Zulkifli Noordin dan Ibrahim Ali begitu marah sampai jerit jerit kat ceramah tentang Nasrani nak guna kalimah Allah?

zulkifliNoordin.jpgNah, ini inti masalahnya. Ibrahim Ali dan Zulkifli Noordin akan tak pernah akui tapi Nasrani memang mirip dengan Islam. Beza tetapi punya persamaan juga. Islam dan Nasrani dari bahagian dunia yang sama. Islam dan Nasrani mengongsi banyak cerita, nilai masyarakat, kitab dan kepercayaan. Awak cukup matang untuk menerima hakikat ini. Mungkin Ibrahim Ali dan Zulkifli Noordin tak risau awak akan murtad kalau kalimah Allah diizinkan dalam alkitab Nasrani, mereka risau awak akan sedar bahawa sebenarnya semua manusia adalah lebih kurang sama dengan satu lain. Tak kira agama apa.

Tidak penting untuk Perkasa bahawa ajaran Islam diikuti atau keimanan pemuda ditegakkan. Yang penting untuk mereka adalah bahawa Melayu terus terpisah dari bangsa lain. Mereka pembela kemurnian kaum. Mereka rasis. Mereka benci sesiapa pun yang bukan Melayu. Untuk mereka kemungkinan bahawa suatu hari nanti orang Malaysia boleh belajar untuk hidup bersama dengan damai adalah jijik. Untuk Perkasa hanya satu benda lebih teruk daripada kalimah Allah dipakai dalam alkitab Nasrani. Iaitu kalau orang Nasrani keluar ummatnya dan peluk Islam. Memang Perkasa marah sekarang tetapi membayangkan orang Tionghua peluk Islam dan guna bukan saja kalimah Allah tapi bahkan Rasulullah (SAW) pun dan boleh menghafalkan syahada! Ya itu akan tak jadi. Memang tak jadi kalau Zulkifli Noordin dan Ibrahim Ali adalah teladan Islam untuk orang bukan Islam di Malaysia. Tapi seandainya terjadi Perkasa akan buat apa? Harus cari sebab lain kerana orang bukan Melayu tak boleh guna kalimah Allah. 

Perkasa sanggup buat apa apa untuk memastikan orang Malaysia terus terpisah. Saya menyaran awak sebagai seorang prihatin pikir lama dan mendalam tentang hujah hujah ajaran Islam untuk melarang kalimah Allah dalam alkitab injil, pikir lama dan mendalam kalau gologan pinggiran ada hak untuk mengamal agama sendiri di negara Islam macam Malaysia. Pikir lama dan mendalam tentang kalau awak mengidam sebuah Malaysia baru mana setiap bangsa boleh hidup bersama sama tanpa pertengkaran atau pergaduhan atau kalau awak cukup puas terus main politik kebencian. 

About this Entry

This page contains a single entry by Ryan Albrey published on February 21, 2013 7:30 PM.

Crossroads was the previous entry in this blog.

General Election 13 is the next entry in this blog.

Find recent content on the main index or look in the archives to find all content.