« Malaysia and Indonesia. You could be so good together Crossroads »

Malaysia sama Indonesia. Patut jodoh lah!

Sudah selesai satu lagi tahun bergelora untuk hubungan Malaysia sama Indonesia. Oleh itu saya maksudkan sebenarnya mereka yang mempunyai pengaruh yang paling kuat atas hubungannya telah terus bertindak seperti mereka gila.

Indonesia dan Malaysia kedua-duanya menjadi negara merdeka selepas Perang Dunia kedua apabila kedua-dua Belanda dan Inggeris, musuh pahit selama berabad-abad di bahagian dunia ini, telah disingkirkan dari tanah jajahan di Asia. Untuk dua negara dengan persamaan ketara seperti budaya dan akar sejarah yang mendalam, ia adalah menyedihkan bahawa Malaysia dan Indonesia, memilih untuk mewarisi permusuhan penjajah. Dari sejurus selepas kemerdekaan sampai hari ini, hubungan telah mengayunkan antara permusuhan bersenjata (semasa Konfrontasi) ke masa kini ketika mengabaikan satu sama lain merentasi sempadan.

Indonesia_Malaysia_Locator.svg (1).pngTetapi hubungan boleh menjadi macam mana seandainya sesiapa sahaja mempunyai wawasan untuk melihat ia? Hanya 2 buah negara di dunia bercakap bahasa yang kita panggil Bahasa Indonesia, Bahasa Malaysia atau hanya Bahasa (dua bahasa itu kurang lebih sama). Berdua negara boleh mempunyai hubungan yang mendalam saling bermanfaat. Mereka boleh memanfaatkan persefahaman kebudayaan mereka untuk melakukan banyak perdagangan yang saling menguntungkan dalam semua jenis industri. Dari pendidikan dan minyak sampai pertanian, pelancongan dan infrastruktur pengangkutan. Seandainya tiap negara akan meneliti semula yang lain tanpa menjejaskan yang diwarisi dari zaman penjajah dan bebas daripada pemikiran sempit nasionalis yang mengatakan semua gagasan asing adalah merbahaya.

Hubungan buruk ini didorong oleh wartawan rabun atau jahat, pemimpin masyarakat yang bodoh dan ahli politik yang selalu cari sesuatu untuk mengalihkan perhatian dari hal dalam negeri.

maidin.jpg

Contohnya renungan baru-baru ini bekas Menteri Penerangan Malaysia Zainuddin Maidin mengenai Presiden Indonesia ke-3 BJ Habibie. Dalam rencana baru-baru ini yang ditulis untuk akhbar milik Kerajaan Malaysia, Utusan Melayu, Zainuddin menulis:

Presiden Indonesia ketiga, Bacharuddin Jusuf Habibie, yang mencatatkan sejarah sebagai Presiden Indonesia paling tersingkat, tersingkir karena mengkhianati negaranya, telah menjadi tetamu kehormat kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Habibie-1.jpg

Mengapa Zainuddin kurang selesa dengan BJ Habibie datang ke Malaysia? Apa barang ini tentang mengkhianati negara? Kononnya, Zainuddin amat kecewa dengan kemerdekaan Timor-Leste, satu peristiwa yang berlaku lebih dari 10 tahun yang lalu, dan ini konon semua kesalahan BJ Habibie yang merupakan Presiden Indonesia pada masa itu.

Beliau disingkirkan setelah menjadi Presiden Indonesia hanya selama 1 tahun 5 bulan kerana bersetuju dengan desakan Barat supaya mengadakan pungutan suara ke atas penduduk Timor Timur dalam Wilayah Indonesia menyebabkan Timor Timur terkeluar daripada Negara Kesatuan Republik Indonesia pada 30 Ogos 1999.

Mari kita membincangkan Timor-Leste sebentar dan kemudian membuang aja sampah ini bahawa Timor Leste masih patut sebahagian Indonesia. Pada bulan Mei 2012 Timor-Leste menyambut 10 tahun kemerdekaan. Sebuah peristiwa yang ditandai oleh kehadiran Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono, tanda-tanda yang positif menuju kehendak baik dan semangat kerjasama antara Kerajaan Indonesia dan Timor-Leste. Timor-Leste dijangka mempunyai keenam terbesar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di dunia bagi tahun 2013. Selepas berpuluh tahun keganasan Timor-Leste memasuki era baru ditandai oleh keamanan dan kemakmuran berbanding zaman dahulu. Kehidupan, ikut semua yang saya pernah dengar, tidak sempurna di Timor-Leste tetapi nampak sangat yang lebih baik daripada zaman 80-an dan 90-an semasa pergerakan pemisah yang panjang dan sakit. Sejarah menunjuk kesimpulan bahawa BJ Habibie melakukan perkara yang betul dengan masalah Timor-Leste dan Perdana Menteri Australia John Howard melakukan perkara yang betul ketika beliau membela nasib pejuang merdeka di Timor Leste. Jadi Zainuddin Maidin patut berhenti berpura simpati untuk nasionalisme Indonesia dan menutup mulut atas isu ini.

Jadi selain itu mengapa Zainuddin Maidin bising bising secara ini mengenai BJ Habibie? Beliau mempunyai senarai keberatan panjang. Semakin lebih jelas semakin lebih membaca rencananya yang penuh dengan kejahilan, bahawa kepercayaan terhadap perpaduan negara Indonesia adalah main main saja. Jawab lebih tepat adalah setengah dendam peribadi yang lama dipegang, dan setengah tembakan lemah politik Malaysia.

Terlebih dulu mari kita melihat dendam peribadi itu:

Kepada saya yang menjadi kenangan besar tentang Habibie ialah dia telah membuat tetamu termasuk Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir terpaksa menunggu kedatangannya dari Jakarta lebih dari dua jam di IKIM Kuala Lumpur untuk mendengar ucapannya (ketika itu dia belum jadi presiden). Barangkali Dr. Ismail Ibrahim, kekas Ketua Pengarah IKIM masih ingat peristiwa pahit ini.

Beliau sengaja melakukan ini untuk menunjukkan "aku lebih besar" dan ucapannya yang penuh dengan keegoan begitu panjang sehingga ke peringkat memualkan hadirin, tetapi Dr. Mahathir tetap menunggu dengan setia.

Ok jadi dari ini kita dapat tahu bahawa ini tentang Zainuddin Maidin dan Dr Mahathir Mohammad yang terpaksa menunggu Habibie yang terlambat untuk memberi ucapan masa dulu dan kemudian ketika Habibie memberikan ucapan tersebut, Zainuddin tidak suka kerana dia merasakan Habibie adalah seorang pelagak.

Betul ke? Jadi Zainuddin Maidin telah menyebabkan peristiwa buruk dengan Indonesia kerana dia pernah terpaksa menunggu selama beberapa jam di mesyuarat? Serius? Jika BJ Habibie boleh dikatakan mempunyai ego besar saya fikir dia tak dapat dibanding dengan Zainuddin Maidin yang tak tau malu untuk mewujudkan kejadian diplomatik yang mungkin akan menyakiti nasib Malaysia, supaya dia boleh lepaskan geramnya yang disimpan semenjak ketika dia terpaksa menunggu untuk beberapa jam suatu hari LEBIH DARI 10 TAHUN AGO!

Nah tidak. Seorang ahli politik berpengalaman dan bekas menteri persekutuan, tak menghina negara jiran demi dendam peribadi. Rupa-rupanya, dia membuat begitu demi serangan politik yang lemah dan tidak matang pada masa yang sama dia menghina negara itu.

1355369058966272067.jpg

Tujuan sebenar artikel Utusan Zainuddin Melayu adalah untuk menyerang pemimpin Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim. Saya ingin menulis tentang hubungan antara Malaysia dan Indonesia namun saya akan menyentuh secara ringkas mengenai beberapa tuduhan yang dilemparkan oleh Zainuddin Maidin kepada Anwar Ibrahim. Nampaknya ini sudah taktik biasa dari kalangan orang UMNO untuk mencadangkan bahawa kalau ada 2 orang yang saling bertemu, maka mesti mereka mempunyai tujuan dan kepercayaan sama. Padahal sangat lebih mungkin mereka hanya mempunyai kepentingan sama. Saya masih ingat pada tahun 2011 ketika saya dijemput untuk menemubual dengan Menteri Besar Pahang, beberapa blog UMNO berkata bahawa saya telah mengubah kepercayaan saya mengenai isu Lynas dan memutuskan bahawa Lynas sebenarnya satu perkara yang baik untuk Malaysia kerana saya duduk di bilik sama dengan Menteri Besar Adnan Yaakob untuk membincangkan perkara Lynas. Zainuddin menggunakan logik ceroboh yang sama dalam serangannya terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan BJ Habibie: dia menyenaraikan semua kelemahan dia melihat pada Habibie dan kemudian membuat jelas beliau menyifatkan semua kelemahan itu kepada Anwar kerana Anwar menjemput Habibie ke Malaysia. Ia sudah tentu benar bahawa Habibie adalah Presiden pertama di Indonesia dalam jangka waktu lebih dari 30 tahun yang percaya kepada Demokrasi dan betul juga bahawa suatu hari nanti boleh jadi bahawa Anwar Ibrahim mempunyai persamaan macam itu dengan Habibie di konteks Malaysia.

Mungkin cukup mengatakan bahawa huru-hara di Indonesia selepas kejatuhan Suharto bukan disebabkan oleh lelaki yang menggantikan beliau, Habibie, tetapi oleh tekanan kuat, sosial dan politik, bahawa Suharto menyebabkan dengan enggan meletak jawatan untuk sekian lama dan enggan berserah ke tuntutan yang meningkat dari rakyat bagi kebebasan politik. Begitu juga boleh dikata bahawa ketegangan bertingkat di Malaysia tidak disebabkan oleh Anwar Ibrahim, tetapi dengan keengganan golongan pemerintah di negara ini, iaitu Barisan Nasional (BN) dan UMNOputra, untuk menyesuaikan diri dengan zaman moden dan permintaan rakyat yang lebih dimaklumkan dan berpendidikan.

Tetapi Anwar Ibrahim tidak perkara yang menarik di sini. Apa yang menarik ialah ini; kenapa Zainuddin Maidin menyebabkan tengkar dengan negara jiran, dengan populasi lebih dari 240 juta orang, hanya supaya dia boleh menembak Anwar Ibrahim satu kali lagi dengan anak panah yang akan jatuh dengan menyedihkan ke lantai saja? Tidak ada sebab selain mengatakan bahawa lelaki itu bodoh. Memang bodoh. Pak Pandir sejati.

Ketika Anwar bertemu Habibie dia berjanji bahawa jika dia Perdana Menteri, dia akan lebih bijaksana menguruskan isu-isu yang menyusahkan hubungan Malaysia-Indonesia. Memandangkan tingkah laku Zainuddin Maidin dalam hal ini ada contoh kenapa mungkin kita patut mempercayai janji Anwar ini. Utusan Melayu adalah pembesar suara Kerajaan. Ia dimiliki oleh UMNO Govermment dan ada sebab untuk mempercayai bahawa artikel yang ditulis dalam Utusan Melayu telah diluluskan oleh orang tinggi di Kerajaan sebelum diterbitkan. Terutama artikel yang bukan sahaja menyentuh mengenai isu-isu politik, tetapi mengenai hubungan dengan negara jiran. Jadi, terdapat banyak sebab untuk mempercayai bahawa artikel fitnah ini yang telah menyebabkan kacau di Indonesia, telah diluluskan oleh seseorang dalam yang dipimpin UMNO, Kerajaan Malaysia. Ini adalah apa yang layak sebagai kepimpinan kat Malaysia zaman ini?

Masalahnya sikap ini jelas dalam semua kegiatan Kerajaan Malaysia dengan Indonesia dan sikap ini bukan terhad kepada dewan kuasa. Semua rakyat perlu menyemak lagi pada sikap ke arah Indonesia.

About this Entry

This page contains a single entry by Ryan Albrey published on February 6, 2013 12:01 PM.

Malaysia and Indonesia. You could be so good together was the previous entry in this blog.

Crossroads is the next entry in this blog.

Find recent content on the main index or look in the archives to find all content.